hoki? hurm kali terakhir aku main pun masa sekolah rendah 😜😂. aku dulu kelab hoki masa sekolah rendah so tau lah jugak sikit-sikit. not much,a littlr bit je. so let's go
Hoki adalah sukan yang popular bagi lelaki dan wanita di kebanyakan negara di seluruh dunia. Terdapat dua jenis hoki, iaitu satu jenis yang dimain di atas padang rumput, dan sejenis lagi yang dimain di dalam gelanggang ais. Di negara yang mana hoki ais tidak begitu menonjol, jenis hoki yang dimain di dalam padang rumput dikenali dengan mudah sebagai "hoki", sementara di negara yang mempunyai hoki ais, sukan itu dikenali sebagai hoki padang. Adalah dipercayai nama hoki berasal daripada bahasa Perancis, iaitu "hoquet", yang kemudiannya diterjemah kepada bahasa Inggeris menjadi "

Sejarah
Sejarah Hoki di
Malaysia
Sejarah
hoki Malaysia hampir sama dengan India. Permainan ini dibawa ke negara tersebut
oleh askar dan kakitangan British pada 1892. Namun pada ketika itu, hoki masih
belum lagi terkenal di kalangan rakyat tempatan. Selepas lebih dua dekad,
penduduk tempatan mula berjinak-jinak dan meminati permainan ini.
Pada
1923, Malaya berjaya menubuhkan
sebuah pasukan hoki dan telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan India
yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik. Selepas itu, pasukan hoki
negara telah menjelajah ke beberapa negara di Macau dan Hong Kong dan
mengadakan permainan persahabatan di sana.
Padang permainan
BULATAN JARINGAN (STRIKING CIRCLE)
Satu garisan dengan panjang 4 ela meter selari dengan garisan gol di tengah
garisan. Dua suku bulatan dengan radius 16 ela dilukis bermula dari garisan 34
ela ke garisan belakang. Dikenali sebagai kawasan D.Strok penalti berada 7 ela
di hadapan gol, manakala garisan bagi sudut penalti yang lain berada 5 ela dan
10 ela dari tiang gol kiri atau kanan.
PINTU GOL
Setiap permainan mempunyai gol. Begitu juga hoki. Tanpa gol, sesuatu permainan itu tidak mempunyai matlamat untuk dicapai. Bagi permainan hoki, setiap pasukan mempunyai pintu gol masing-masing. Ciri-ciri bagi pintu gol hoki adalah seperti berikut:
Terletak di tengah-tengah garisan belakang. Diperbuat daripada dua tiang yang disambungkan dengan sebuah palang mendatar (crossbar) dan jarak antara dua tiang tersebut ialah 4 ela dan disambung dengan sebatang tiang mendatar yang mempunyai ketinggian 7 kaki daripada tanah. Semua ukuran diambil daripada dalam. Tapak depan tiang gol akan menyentuh tepi luar garisan belakang.

Tiang-tiang tegak dan mendatar (crossbar) yang membentuk
sebuah pintu gol mesti mempunyai ketebalan tidak lebih daripada 3 inci dan
tidak kurang daripada 2 inci. Pintu gol mesti dicat warna putih.Jaring-jaring
diikat kukuh kepada tiang-tiang tegak dan tiang mendatar, dengan jarak dekat
(tidak melebihi 6 inci) dan dipasangkan dengan kuat ke tanah di belakang gol.
Jaring daripada "mesh' 1 inci - 1.5 inci dicadangkan.
Papan tepi dan papan belakang diletakkan di keliling kaki jaring gol dan berukuran setinggi 45 cm dan dicat dengan warna gelap. Papan-papan belakang, berjarak 4 kaki daripada gol dan 4 ela panjangnya.

TIANG-TIANG BENDERA
Di setiap empat penjuru padang terdapat empat tiang bendera yang dinamakan bendera sudut. Bendera-bendera ini dipacakkan dengan ketinggian 1.20 meter hingga 1.50 meter. Bendera-bendera ini diletakkan di luar sudut dan ia diperbuat daripada bahan lembut untuk menjamin keselamatan pemain.

Bilangan Pemain dan Cara Bermain
Seperti permainan-permainan padang yang lain, umpamanya bola
sepak dan ragbi, hoki juga dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi 11 orang
pemain setiap pasukan. Tujuan utama permainan permainan ini ialah memasukkan
bola ke dalam gol lawan. Bola hendaklah dipukul dengan kayu yang dibentuk khas
untuk permainan ini. Pemain tidak dibenarkan menyepak, melontar atau mengenakan
bola kepada mana-mana bahagian badannya kecuali penjaga gol dengan mematuhi
undang-undang tertentu.
Jangka Masa Permainan
Jangka masa permainan sesebuah perlawanan hoki adalah 70
minit, dengan setiap separuh masa mengambil masa sebanyak 35 minit. Perlawanan
akan ditamatkan tepat 70 minit dan tiada masa kecederaan diberikan, berikutan
masa dihentikan setiap kali bola keluar atau pemain mengalami kecederaan.
Peralatan untuk Permainan Hoki
KAYU HOKI
Kayu hoki, pada kebiasaannya diperbuat daripada ash atau mulberry. Undang-undang hoki telah menyatakan bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan kayu yang mempunyai permukaan rata dibahagian kiri. Oleh itu kayu hoki mengiri, untuk pemain kidal tidak wujud dalam permainan hoki. Permukaan kayu hoki serta bentuknya digambarkan seperti berikut:-
· Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk badan dan juga kedudukan pemain dalam permainan.
· Sehubungan dengan itu, panjang kayu hoki adalah tidak selaras dengan ketinggian seseorang pemain dalam permainan.
· Pada kebiasaannya panjang kayu hoki adalah antara 0.89 meter hingga 0.94 meter dan beratnya ialah antara 510g hingga 624g untuk wanita dan antara 510g hingga 794g untuk lelaki.
· Bagaimanapun biasanya kayu yang beratnya 510g- 624g sering digunakan.
Kayu hoki hendaklah disimpan di tempat yang berhawa sederhana serta kurang lembap. Semasa menyimpan, kayu hoki perlu digosok dengan minyak untuk menjauhkan daripada pecah. Kayu hoki yang pecah pada mana-mana bahagian tidak digalakkan menggunakannya, kerana boleh mendatangkan bahaya.

BOLA
Bola hoki adalah berbentuk sfera dan keras, pejal atau kosong. Permukaannya licin tetapi pelipat(seam) atau lekuk-lekuk kecl (indentations) adalah dibenarkan. Kebanyakannya adalah berwarna putih tetapi jika mahu menggunakan warna lain perlulah dengan persetujuan kedua-dua belah pihak.Berat bola adalah antara 156 g (minimum) – 163 g (maksimum). Ukur lilit pula adalah antara 224 mm (minimum) – 235 mm (maksimum).

Pakaian Pemain Hoki
PAKAIAN
Semua pemain diwajib memakai ‘shinguard’ sepanjang perlawanan. Semua pemain diwajibkan memasukkan jersi ke dalam skirt (wanita) / seluar (lelaki) sepanjang perlawanan. Jika pemain memakai tambahan ia hendaklah dari warna yang sama. Setiap pasukan dikehendaki membawa dua set jersi yang berlainan warna dan setiap jersi hendaklah bernombor dari nombor 1 hingga 16. Jersi Penjaga Gol hendaklah bernombor di belakang dan di hadapan. Sekiranya terdapat kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama, maka satu daripada pasukan hendaklah menukar jersinya dengan cara pengundian. Pengurus-pengurus pasukan diminta menentukan jersi lawannya terlebih awal bagi mengelakkan jersi yang sama warna.

ALATAN PENJAGA GOL
Penjaga gol mesti dilindungi dengan baik dan mesti memakai perlindungan badan yang sesuai. Penjaga perlu memakai ped di kaki dari pergelangan kaki sehingga paras lutut. Ped mestilah ringan untuk membantu pergerakan penjaga gol. Sarung tangan penjaga gol diperbuat daripada kulit dan plastik. Ia berfungsi untuk melindungi tangan dan memberi keyakinan kepada penjaga gol untuk menahan bola. Selain itu, alatan lain yang perlu adalah pelindung dada, pelindung bahu, penutup muka, pelindung mulut, seluar berpad, pelindung mulut dan kemola untuk penjaga gol lelaki. Pelindung badan dan bahu untuk melindungi tubuh badan dan dipakai di bawah jersi penjaga gol. Pelindung mulut pula bertujuan untuk melindungi mulut dan gusi daripada cedera. Pelindung muka adalah wajib bagi penjaga gol kecuali semasa penalti dan ia bertujuan melindungi muka, kepala dan kerongkong. Bagi memudahkan penjaga gol melungsur di atas permukaan gelanggang sintetik ia perlu memakai seluar yang mempunyai ped.

KASUT
Sukan hoki membenarkan pemainnya memakai apapun jenis kasut yang sesuai. Namun, kasut-kasut yang membahayakan pemain lain seperti kasut yang mempunyai pancang (spikes) tetungku atau paku-paku tidak dibenarkan sama sekali. Kasut yang mempunyai tetungku getah amatlah digalakkan. Kasut khas turut digunakan ketika pemain bermain di atas permukaan sintetik bagi memudahkan pergerakan pemain.

Sis juara hoki dulu
ReplyDeleteboek lah sis.aye dah lupa acane nak main hoki tu sebab dah lama sangat tak main hoki
Delete