Monday 11 September 2017

Bola Sepak

kenapa aku pilih bola sepak?  agak"? haha aku suka tengok bola sepak sebenarnya. sangat suka sebenarnya. aku rasa aku dah mention dalam post sebelum ni (kalau tak silap lah) so aku malas nak ulang cerita. nanti korang bosan pulak kan? mostly aku tengok team kat Malaysia je lah sebab yg overseas punya pagi buta gamenya. baik aku tidur, kan? favourite team? JDT of course. Johorean ni, wajiblah setia bersama Johor. people may think weird to a girl to be a fan of football? hurm aku suka tengok je,tak pandai main pun. bukan atlet sukan lah. dah aku suka nak buat macam mana kan? huhu. btw, have fun to this post you all semua.

 
Bola sepak adalah permainan yang sangat popular di Malaysia. umum mengetahui bahawa bola sepak adalah permainan yang paling disukai oleh rakyat Malaysia terutamanya lelaki. sejak di bangku sekolah lagi,anak-anak muda telah diasah bakat mereka dalam permainan bola sepak. bola sepak adalah sukan yang dapat mengeratkan sialturrahim antara pemain,jurulatih dan penyokong. pasukan bola sepak Malaysia pernah mengalami kerunduman semasa awal tahun 2000-an. kemenangan pasukan Harimau Malaya semasa Piala Suzuki AFF pada tahun 2010 menjadi titik tolak kebangkitan bola sepak di Malaysia. 

 
seterusnya,Piala Sukan Sea yang dimenangi pada tahun 2011 melonjakkan lagi pasukan bola sepak Malaysia. kemunculan semula gergasi bola sepak Malaysia yang pernah mengalami kejatuhan iaitu Johor Darul Takzim semakin menyemarakkan  lagi semangat penonton untuk menyokong pasukan yang mereka minati. Saingan oleh beberapa pasukan hebat dari negeri-negeri lain seperti Kedah FC,Pahang FC,Felda United FC dan Selangor FC semakin meningkatkan jumlah peminat dan penyokong tegar sesebuah pasukan. hari ini,bola sepak telah menjadi satu permainan yang seolah-olah wajib diketahui dan difahami oleh semua orang. oleh itu,mari kita kenali sejarah bola sepak Malaysia.

SEJARAH


Sejarah bola sepak di Malaysia bermula dengan tertubuhnya Persatuan Bola Sepak Malaysia atau Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1920 dengan pimpinan Andrew Caldecott, gabenor Hong Kong dari 1935 hingga 1937. Sejak detik itu, aktiviti bola sepak semakin kerap digerakkan oleh FAM dan semakin banyak rakyat yang gemar bermain bola sepak di dataran tempat Piala HMS Malaya (kini Piala Malaysia) dianjurkan. Sebagai bentuk sokongan terhadap kebangkitan "Bola Sepak Kebangsaan", maka Stadium Nasional Bukit Jalil akhirnya dibangun pada tahun 1993 sehingga 1998 dan dibuka pada tahun 1998 sempena Sukan Komanwel 1998 yang telah memperhebat dunia bola sepak di Malaysia.

20 tahun selepas Andrew Caldecott meninggal dunia pada 1951, banyak pemain pasukan Malaysia yang mewakili Malaysia dalam kejohanan antarabangsa. Mereka ialah Mokhtar Dahari (pemain terbaik di Asia dan pemenang bola emas AFC), Hassan Sani, Isa Bakar, dan James Wong.
Semenjak tahun 1970-an, prestasi bola sepak di Malaysia boleh dicakap telah mencapai kemuncak, dalam erti bahawa bola sepak di Malaysia merupakan bola sepak yang berkuasa tahap pertama di Asia dan tahap lima dunia. Manakala, negara-negara pada wilayah Asia Timur seperti Korea Selatan dan Jepun boleh dicakap "t(id)ak memiliki prestasi apapun dalam dunia bola sepak".
Allahyarham Mokhtar Dahari (1953-1991) ialah pemain terbaik di Asia dan pemenang bola emas AFC. Beliau ialah bekas penyerang pasukan Malaysia yang sangat terkenal di Asia, yang telah memperhebat dunia bola sepak di Malaysia.

Tambahan lagi, Hassan Sani "si Lipas Kudung" pun telah menolong James Wong menjaringkan gol kedua yang membawa Malaysia memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980.
Bagi kali pertama, Malaysia telah memenangi Piala Suzuki AFF 2010 dan menjadi gelaran pertama Malaysia untuk peringkat Asia Tenggara.
Piala Malaysia ialah kejohanan bola sepak pertama di Asia dengan nama Piala HMS Malaya yang bermula pada tahun 1921. Dalam penganjuran Piala HMS Malaya untuk yang kali pertama, Kelantan telah memenangi kejohanan ini. Selangor ialah pembimbit gelaran terbanyak dalam sejarah Piala Malaysia.
Pestabola Merdeka, dianjurkan sama seperti Piala Dunia FIFA, ialah kejohanan bola sepak antarabangsa yang dianjurkan untuk memeriahkan sambutan majlis hari kebangsaan pada bulan Ogos.


Sehubungan dengan betapa terkenalnya sukan bola sepak yang telah dimainkan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia, Andrew Caldecott menubuhkan Persatuan Bola Sepak Malaysia pada tahun 1920 di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang bagi menggiatkan aktiviti sukan bola sepak dan untuk berusaha bagi melepaskan Tanah Melayu daripada kolonialisme Inggeris dan Jepun. Apabila tiada pertubuhan bola sepak, bola sepak di Malaysia tiada boleh terkenal sehingga detik ini.
Pertubuhan bola sepak di Malaysia ialah Persatuan Bola Sepak Malaysia, yang telah menggalakkan bola sepak sehingga bola sepak telah menjadi sukan awam dan sukan kebangsaan di Malaysia.

SENARAI KEJOHANAN


Kejohanan bola sepak yang dianjurkan di Malaysia terbahagi menjadi 2 format, iaitu format liga dan format piala.

format liga
Rencana utama: Liga Malaysia

format piala

No comments:

Post a Comment

Bola Baling

PERATURAN PERMAINAN 1. Gelanggang permainan Gelanggang permainan berukuran 20 meter kali 40 meter. Garisan kawasan gol atau garisan 6 ...