Monday 11 September 2017

Sofbol

sofbol adalah permainan aku masa sekolah dulu. aku ingat rondes so aku masuk lah rupanya lain. so aku jadikan sukan ni yang pertama lah. sebab sukan ni je yang aku expert nak main. sukan lain tu suam" kuku je wei. aku kapten pasukan dulu. haha jarang lah orang percaya. selalunya memang tak percaya pun. badan kecik je kot. pihak lawan pun tak takut tengok aku. haha kenangan lama lah semua ni. sekarang aku dah tak main. ntah" aku dah lupa agaknya. more than a year rasanya aku tak main, tak ingat lah. sofbol ni best gile sebenarnya. boleh release tension, agak" kalau marah tu bolehlah lempar bola tu jauh" tapi lepas tu kena kutip balik lah. tak pun pukul sekuat hati. confirm punya rasa geram kau hilang terus. aku rindu sebenarnya nak main sofbol ni tapi tak berkesempatan. dah further study ni susah sikit nak ada free time. huhu. btw banyak pulak aku cerita kan? haha orang nak tau pasal sofbol bukan pasal aku. so kite move on terus lah eak. peace



Sofbol atau bola lisut ialah sejenis sukan berbola dan berpemukul yang berkembang dari sukan sejenis besbol. Permainan ini telah diperkenalkan oleh seorang pemberita yang bernama George W. Hancock pada tahun 1887 di Chicago,Amerika Syarikat

PERMAINAN

Dalam sofbol, keseluruhan pemain adalah 15 orang termasuk pemain simpanan. tetapi hanya 9 orang yang akan bermain untuk setiap posisi pemain untuk satu pasukan. posisi pertama adalah posisi penangkap (catcher) diikuti oleh pelempar bola (pitcher). seterusnya,posisi first,second dan third yang akan mewakili setiap posisi base. di antara second dan third,terdapat seorang pemain yang dipanggil shortstop. shortstop akan bertindak sebagai pembantu second dan third untuk mematikan pemain. pemain luar padang pula di panggil right off-field,center off-field dan left off-field. Off-field ini bertindak sebagai pembantu first,second dan third untuk menangkap bola yang tinggi dan di luar capaian mereka. mereka tidak berada di dalam diamond (kawasan permainan).

Di dalam satu inning, pasukan yang bertanding masing-masing mempunyai kesempatan memukul (batting) untuk melakukan run. Ketika pasukan yang menyerang mendapat giliran memukul, seorang pelempar bola (pitcher) pasukan bertahan melemparkan bola ke arah penangkap bola (catcher) sekuat-kuatnya agar bola tidak dapat dipukul. Pasukan yang mendapat giliran memukul bergantian seorang demi seorang untuk memukul bola. Pasukan yang berjaga berusaha mematikan anggota pasukan yang mendapat giliran memukul. Pasukan yang mendapat giliran memukul mendapat kesempatan 3 kali mati (out) sebelum giliran memukul digantikan pasukan yang bertahan.

 
Skor atau run dihasilkan dari seorang runner berlari memijak semua base secara berurutan dan kembali memijak home plate. Setiap pelari yang berjaya mengelilingi dan menginjak home plate mendapat satu larian. Waktu permainan ditentukan oleh inning. Setiap pasukan mendapat giliran memukul sampai 3 kali out dan mematikan pasukan lawan 3 kali out, disebut 1 inning. Dalam tiap pertandingan sofbal masa permainan setidaknya 7 inning tergantung situasi, atau lama waktu 2 jam. Setelah menghabiskan inning, pasukan yang mendapat larian (run) terbanyak dikira sebagai pemenang.

Jika masa inning yang ditentukan sudah habis namun kedua-dua belah pasukan dalam keadaan seri, inning tambahan di lakukan sampai salah pertama pasukan keluar sebagai pemenang. Kondisi itu disebut tie break atau seri. Pada permulaan permainan, pasukan yang menjadi tuan rumah (home team) mendapat giliran melempar sedangkan pasukan tamu (visitor) mendapat giliran memukul.



bola akan dilempar oleh seorang pelempar bola (pitcher) dan menjadi sasaran pemain lawan yang memukul (batter) dengan menggunakan kayu pemukul yang dikenali sebagai bet. Terdapat satu kumpulan yang berjaga di padang iaitu pertahanan dan satu kumpulan yang bertindak sebagai pemukul (penyerang). Tiap pasukan berlumba mengumpulkan markah (run) dengan cara mengelilingi petak berbentuk potongan wajik (base). Mereka akan berlari hingga menyentuh base yang terakhir dikenali sebagai home plate.




PENGADIL 
Dalam pertandingan sofbal terdapat minimal pertama orang hingga tujuh orang hakim pertandingan yang disebut umpire. Terdapat seorang plate umpire dan tiga base umpire yang menjaga pertandingan. Selebihnya umpire memantau daerah outfield. Dalam pertandingan fast pitch, hakim adalah seramai empat umpires (seorang plate umpire, tiga base umpire). Istilah untuk seorang umpire adalah “blue”, disebabkan seragam mereka selalu berwarna biru. Posisi seorang umpire adalah berdiri di belakang catcher dan batter. Berfungsi untuk melihat arah datangnya bola yang dilempar pitcher ke catcher apakah itu strike atau ball. Umpire juga mengawasi jalannya permainan dengan cermat untuk menentukan peristiwa yang sebenarnya terjadi dan menjaga agar pemain mematuhi peraturan. Sebagai pemimpin pertandingan adalah Umpire plate. Kerana sifatnya sebagai pemimpin pertandingan, kekuasaan umpire plate dalam sebuah pertandingan sofbal adalah mutlak, Walaupun dapat diprotes (appealed) keputusannya tidak dapat diganggu gugat apabila protes yang dilakukan pemain atau pelatih atau manager team menyangkut ajustment, tapi protes dapat dilakukan dan dapat diterima apabila protes dilaukan terhadap salah penerapan rules. Jadi ada permainan yang dapat dilanjutkan dengan protes (game under protes, selengkapnya dapat dibaca pada Rules Permainan Softball yang dikeluarkan oleh ISF. seorang Umpire dapat mengeluarkan siapa saja baik pemain atau bahkan seorang pelatih (coach) keluar lapangan, jika menurut umpire mengganggu jalannya pertandingan.



ALATAN


Bola sofbol

Minima peralatan yang diperlukan dalam sebuah pertandingan sofbal termasuk sebiji bola. Sofbal menggunakan bola berwarna putih atau kuning dengan benang grip berwarna merah, yang sebelumnya berwarna putih dengan grip putih.

Sarung tangan (glove)

Sarung tangan (glove) dikenakan oleh seluruh pemain bertahan untuk menangkap bola, sementara first baseman dan catcher mengenakan mitt (glove mempunyai jari, sedangkan mitt tidak).

Kayu pemukul

Kayu pemukul (bat) yang digunakan dalam pertandingan rasmi adalah bat khusus yang diperuntukkan untuk sofbol. Penentuan dan ciri bat yang boleh digunakan tertakluk dalam peraturan Softball International Federation (SIF).

 Batter helmet 

 Batter helmet dipakai untuk melindungi kepala seorang batter dari terkena bola semasa berada di dalam padang permainan. Sementara itu, bagi seorang penangkap bola (catcher) mesti mengenakan pakaian pelindung (protective gear)dan kasut pool (cleats)


 

Pakaian seragam

Yang terakhir adalah uniform atau seragam. Tiap pemain menggunakan baju, seluar, dan topi yang seragam atau berwarna dasar sama. Semakin tinggi tingkat pertandingannya, semakin ketat dalam peraturan seragamnya. Semua peralatan dan kelengkapan itu adalah wajib bagi setiap pasukan dalam melaksanakan pertandingan rasmi.

PADANG SOFBOL



Padang sofbol berbentuk potongan wajik. Dipecahkan kepada daerah fair (fair territory) dan daerah foul (foul territory). Lebih jauh dalam daerah fair terbagi menjadi dua bahagian, Infield, dan outfield.

Di dalam daerah infield terdapat 4 base. Setiap base diberi nombor berlawanan dengan arah jam. Dimulai dari base perumah yang disebut home plate, diteruskan dengan base pertama, base kedua dan base ketiga. Base berbentuk berlian ini mempunyai ukuran sisi 38 cm (15 inci) yang dibuat sedikit lebih tinggi dari permukaan tanah. Di belakang home plate terdapat penghadang yang disebut backstop sejauh 7.62 dan 9.14 meter di belakang home plate. Jarak antara setiap base ditentukan oleh kategori seperti dalam jadual dibawah ini.

JARAK FAST PITCH JARAK SLOW PITCH 60 kaki (18.29 m) 60 kaki atau 65 kaki (19.81 m) Manakala jarak bagi tempat melempar (pitching) fast pitch dengan home base ditentukan beradasarkan jadual dibawah ini. Dewasa bawah 18 tahun bawah 15 tahun Lelaki Wanita Wanita Lelaki Wanita lelaki 43kaki (13.11 m) 46 kaki (14.02 m) 40 kaki (12.19 m) atau 35 kaki 46 kaki (14.02 m) 40 kaki (12.19 m) atau 35 kaki 46 kaki (14.02 m) Jarak melempar (pitching) slow pitch yang ditentukan berdasarkan kepada jadual berikut; Dewasa bawah 18 tahun bawah 15 tahun Wanita Lelaki Wanita Lelaki Wanita Lelaki 50 kaki (14.02 m) 50 kaki (15.24 m) 50 kaki (14.02 m) 46 kaki (14.02 m) 50 kaki (14.02 m) 46 kaki (14.02 m)



JENIS PERMAINAN SOFBOL

Terdapat tiga jenis permainan sofbol yang biasa dimainkan di peringkat antarabangsa. Tiga jenis tersebut ialah; fast pitch, modified pitch, dan juga slow pitch. Huraian mengenai jenis permainan adalah seperti berikut.

Fast pitch softball
Merupakan permainan ditentukan oleh pitcher. Pitcher melempar bola dengan kecepatan maksimum, serupa dengan baseball. Perbezaan hanya pada gaya lemparan pitcher dan gunacara melepaskan bola. Pelepasan bola terletak di bawah atau sama dari posisi sarung tangan.


 

Modified pitch softball
Jenis ini dikenali dengan nama modball. Tujuan utamanya adalah untuk memudahkan peraturan-peraturan yang dipakai dalam kategori fast-pitch. Pemain-pemain yang belum biasa dengan permainan sofbal tidak akan terkejut dengan peraturan-peraturan yang "ketat" di sofbal seperti strike zone, jarak antara base, masa permainan dan lain-lain. Kecepatan lemparan pitcher dalam modball berada di antara fast dan slow pitch. Kecepatan bola dibatasi dengan putaran lengan melebihi bahu.

Slow pitch softball
Jenis ini memberikan kemudahan bagi batter untuk memukul bola. Batter diberi bola terus menerus oleh pitcher sampai boleh untuk memukul bola tersebut. Lemparan pitcher perlahan dan melambung (flyball). Permainan ini sering dimainkan dalam masyarakat tanpa terhad kepada umur dan jantina.

 INTERNATIONAL SOFTBALL FEDERATION

Badan inilah yang akhirnya membuat peraturan-peraturan berkaitan permainan sofbal yang berlaku di seluruh dunia, termasuk Malaysia pada saat ini. Naskah aslinya tertulis dalam bahasa Inggeris, dan diterjemahkan oleh negara-negara anggotanya.
Terbentuknya International Softball Federation itu, maka memungkinkan diadakannya pertandingan antara negara yang bersifat antarabangsa. Kemudian diselenggarakan kejuaraan-kejuaraan peringkat tempatan, rantau dan dunia.
Kejuaraan sofbal antarabangsa paling besar saat ini adalah Kejuaraan Sofbal Dunia (World Cup of Softball) yang diselenggarakan oleh Amateur Softball Association dibawah naungan International Softball Federation. Negara-negara anggota ISF yang memasuki babak kelayakkan setiap tahun menghantar kontinjennya untuk bertanding. Setalah berjaya dalam kelayakkan, sejumlah 6 negara akan bertanding sesama mereka (5 pertandingan). Hanya 2 pasukan terbaik sahaja akan bertanding untuk merebut posisi juara one-game-winner-take-all championship. Juara terdahulu:
  • 2005- Jepun 3 Amerika Syarikat 1
  • 2006- Amerika Syarikat 5 Jepun 2
  • 2007- Amerika Syarikat 3 Jepun 0


No comments:

Post a Comment

Bola Baling

PERATURAN PERMAINAN 1. Gelanggang permainan Gelanggang permainan berukuran 20 meter kali 40 meter. Garisan kawasan gol atau garisan 6 ...