badminton? bila eak kali terakhir aku main? ntah lah aku tak ingat dah. yang aku ingat aku suka main ni dulu. selalu bet my dad or my little brother je. well memang suka main dengan lelaki je sebab yang perempuan semua tak berapa reti main. so bet lah lelaki. aku dulu champion kat sekolah. selalu jugak menang kalau main dalam kelas tu. tapi aku tak dapat wakil sekolah. motif? sebab cikgu kata awak ni kecik,imun tak kuat. aku dalam hati,badan kecik je tak ada imun eak? mana cikgu tau,aku ni jarang sakit tau dari kecik? bukan macam sesetengah orang yang badan penat sikit terus demam. so back to badminton,badminton ni sebenarnya legenda jugak. dari zaman anak-anak sidek sampailah sekarang memang ada pelapisnya. aku sebenarnya mengagumi Datuk Lee Chong Wei. hebat wei dia main. argh malas dah nak taip so let's go through benda ni lebih dalam. good luck gaiss
Badminton
Peraturan Sukan
Badminton
Peraturan dan undang-undang permainan badminton
ditetapkan oleh IBF
Peraturan dan undang-undang permainan
Undang-Undang
Asas
Persekutuan
Badminton Dunia
Rekod dan galeri
Ranking dunia BWF
Perseeorangan lelaki
Perseorangan wanita
Beregu lelaki
Beregu wanita
Beregu campuran
Badminton
Badminton merupakan sejenis
sukan menggunakan raket dan bulu tangkis yang dimainkan oleh sama ada dua orang
pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu),
yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat
segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui
pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka
jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan
rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya
boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.
Badminton ialah acara
sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan lelaki dan
wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap
pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini
memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina
aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan
sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran
teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.
Sejarah dan pembangunan
Badminton telah
diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di Yunani silam
dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah
dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah
sukan yang dipanggil battledore
and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di
udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa
abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa
kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah
kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt,
penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game"
pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.[2]
Sukan baru ini
diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire,
yang dimiliki oleh Duke of Beaufort.
Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton,"
dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.[3]
Sehingga 1887 sukan ini
dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton
Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris.
Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887.[3] Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set
peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika
ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di
6 Waverley Grove, Portsmouth, England
pada 13 September tahun yang sama.[4] Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan
Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertama di
dunia, pada 1899.
Pertubuhan Badminton
Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia)
yang telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai
anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini
merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara
global.[5]
Meskipun asal-usul sukan
terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod
tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari
Eropah. Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain
bertaraf-dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi
pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana Malaysia sering menjadi
pendominasi sejak kebelakangan ini.[6]
Peraturan Sukan
Badminton
Peraturan dan undang-undang permainan badminton
ditetapkan oleh IBF
Sistem Kedudukan Pemain
Badminton Dunia Sistem pengiraan mata pemain badminton bagi kedudukan dunia
dibahagi kepada lima displin iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita,
beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran. Status kedudukan pemain diperakui
oleh Badminton of World Federation (BWF). Berikut adalah sistem pengiraan mata
bagi pemain perseorangan dan beregu :
·
Berjaya mengutip mata bagi kedudukan dunia dalam kejohanan yang disertai
·
Kutipan mata bagi kedudukan dunia untuk setiap pemain akan bertambah
apabila mereka menyertai dua atau lebih kejohanan dalam masa 12 bulan setahun
·
Menyertai setiap kejohanan dan menang dalam kejohanan yang disertai
·
Menyertai kejohanan dunia akan mendapat banyak mata sekiranya menang
·
Pemain pilihan dilihat melalui kedudukan dunia
·
Kelayakan untuk Sukan Olimpik dan kejohanan dunia juga dikira berpandukan
kedudukan dunia.
Peraturan dan undang-undang permainan
Undang-Undang
Asas
Permainan badminton
memerlukan gelanggang, raket dan bulu tangkis. Badminton boleh dimainkan dengan
2 orang atau 4 orang pemain. Semua lapisan peringkat umur sama ada lelaki atau
perempuan boleh bermain badminton. Badminton juga boleh dimainkan secara suka-suka
untuk mengisi masa lapang atau secara pertandingan. Terdapat acara berpasukan
dan individu. Dalam acara individu iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu
lelaki dan wanita serta bergu campuran. Piala Thomas/Uber dan Piala Sudirman
ialah acara berpasukan.
·
Memulakan Permainan
(A) Bagi memulakan satu
permainan, undian dibuat terlebih dahulu. Bulu tangkis atau syilling boleh
digunakan dalam undian.
(B) Pemenang boleh
memilih untuk memulakan servis, menerima servis atau memilih petak gelanggang.
(C) Pihak yang kalah,
akan menerima pilihan yang berikutnya.
·
Sistem Pengiraan Mata
(A) Sistem kiraan mata
dalam permainan biasa ialah 21 mata rali the best of
three games.
(B) Mata akan diberikan
kepada mana-mana pemain yang memenangi rali.
(C) Perbezaan 2 mata
diperlukan untuk menang.Jika tidak, permainan diteruskan hingga 29-29.
Pemain/pasangan pertama mencapai mata 30 dikira sebagai pemenang.
(D) Dalam acara
perseorangan jika pemain mendapat mata genap servis dilakukan di sebelah kanan
gelanggang pemain dan sebaliknya.
(E) Dalam acara beregu
jika mata genap pemain sebelah kanan akan membuat servis dan sebaliknya.
·
Masa Rehat
(A) Setelah mana-mana
pemain atau pasangan mencapai mata 11, rehat selama 60 saat akan diberikan.
(B) Rehat antara game
selama dua minit diberikan apabila sesuatu game tamat.
·
Servis
(A) Tidak boleh
melengahkan servis selepas mengayun raket ke belakang.
(B) Pemain yang membuat
servis dan menerima servis tidak dibenarkan memijak garisan gelanggang.
(C) Kedua-dua belah kaki
sentiasa menyentuh lantai gelanggang dan dalam keadaan tetap.
(D) Bahagian gabus bulu
tangkis perlu disentuh dahulu semasa membuat servis.
(E) Bulu tangkis mesti
berada di bawah paras pinggang dan batang (shaft) mesti menghala ke bawah
semasa melakukan servis.
(F) Servis dilakukan
setelah penerima telah bersedia.
·
Servis Semula ( Let )
(A) Penerima belum
bersedia dan tidak mencuba.
(B) Pembuat servis dan
penerima melakukan kesalahan serentak.
(C) Bulu tangkis melekat
dijaring selepas melepasi jaring.
(D) Semasa permainan,
gabus pada bulu tangkis tercabut.
(E) Pemain diganggu oleh
jurulatih pihak lawan.
(F) Pengadil tidak dapat
membuat keputusan.
·
Larangan Untuk Pemain
(A) Jangan sengaja
melambat-lambatkan permainan.
(B) Jangan sengaja
merosak atau mengubahsuai bulu tangkis untuk menukar kelajuan.
(C) Tidak memijak garis
semasa membuat servis, menyentuhi jaring atau pemain menyentuh papan iklan.
(D) Tidak berkelakuan
kasar.
(E) Jangan meninggalkan
gelanggang tanpa kebenaran pengadil.
·
Berlaku Batal Sekiranya
(A) Menyentuh jaring
atau tiang dengan anggota badan, raket atau pakaian.
(B) Raket melepasi atas
atau bawah jaring dan mengganggu pihak lawan.
(C) Mengganggu pihak
lawan dengan laungan kuat atau menggunakan isyarat tangan.
·
Perlawanan Perseorangan
(A) Pemain akan membuat
servis pertama dari petak servis kanannya. Mata genap di petak kanan dan kiri
bagi mata bilangan ganjil.
(B) Pembuat servis akan
membuat servis secara melintang kepada pihak lawan.
(C) Pemain yang menang
dalam game pertama akan memulakan servis dalam game berikutnya.
·
Perlawanan Beregu
(A) Pada permulaannya,
pembuat servis pertama akan membuat servis dari gelanggang servis kanan.
(B) Pasangan bergu yang
menang rali akan bertukar petak servis dan lawan kekal dalam petak servis
masing-masing.
(C) Jika pembuat servis
itu kalah dalam rali, servis akan diberikan kepada pihak lawan.
(D) Semasa membuat
servis, rakan pembuat servis dan rakan penerima servis boleh berdiri di
mana-mana tempat dalam petak tetapi tidak menghalang pandangan pembuat servis dan
penerima servis.
(E) Pasangan yang
menang ‘game’ itu, akan memulakan ‘game’ berikutnya
Persekutuan
Badminton Dunia
Persekutuan Badminton Dunia (BWF)
ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan bagi sukan badminton yang diperakui di
peringkat antarabangsa. Ibu pejabat BWF kini terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.
Lima zon konfederasi
yang dikelola dengan BWF:
·
Asia: Konfederasi Badminton Asia (BAC)
·
Afrika: Konfederasi Badminton Afrika (BCA)
·
Amerika: Badminton
Seluruh Amerika (Amerika Utara dan Amerika Selatan berada dalam
konfederasi yang sama; BPA)
·
Eropah: Badminton Eropah (BE)
·
Oceania: Badminton Oceania (BO)
Rekod dan galeri
Lee Chong Wei, pemain nombor 1 dunia yang terkini
Lin Dan, jaguh badminton yang kerap memenangi
pelbagai kejuaraan
Pukulan yang paling
bertenaga dalam sukan badminton ialah pukulan smash, yang mana ia merejam bulu
tangkis dengan tajam ke arah gelanggang pihak lawan. Kelajuan maksimum bagi
pukulan smash ke atas bulu tangkis berbeza berbanding sukan raket yang lain.
Rekod kelajuan pukulan diukur ke atas kelajuan awal bagi bulu tangkis serta-merta
selepas ia dipukul oleh raket pemain.
Pemain beregu
lelaki Fu Haifeng dari China mencipta rekod
dunia yang rasmi bagi pukulan smash iaitu 332 km/h (206 mph) pada 3 Jun 2005 ketika Piala Sudirman berlangsung. Pukulan smash paling pantas
yang pernah direkodkan dalam acara perseorangan ialah 305 km/h (189 mph)
oleh Taufik Hidayat dari Indonesia.[7]
Pemain badminton
Malaysia, Tan Boon Heong memegang rekod smash terpantas dengan kelajuan 421 km/h menggunakan ”
Yonex Arcsaber Z-Slash ” di Tokyo, Japan pada 26 September 2009. Dua rekod
terdahulu adalah pada 2005 yang dipegang Fu Haifeng dari China dengan kelajuan
332 km/h dan 414 km/h oleh Naoki Kawamae dari Jepun. ” Radar Guns and High
Speed Video” digunakan untuk mengesahkan rekod tersebut.
No comments:
Post a Comment